Valentine's Special 20% OFF, use code ❤️VDAY❤️
Shop Now

Gigi rosak makan gula sudah dimomok-momokkan sejak dari kecil lagi di antara kita. Admin pasti bahawa kebanyakan daripada anda juga bersetuju yang gigi rosak makan gula ni bukannya sesuatu mitos atau pun momokan yang sengaja dibuat. Seperti yang sedia maklum, pengambilan gula secara berlebihan ni bukan hanya menjadi punca gigi rosak, namun banyak lagi penyakit yang akan diundang.

Selain gigi rosak makan gula, ada lain akibat makan gula berlebihan seperti obesiti, diabetes, dan sebagainya. Begitu juga sebaliknya, kalau anda memiliki gigi yang rosak namun anda bukan seorang penggemar gula, ada beberapa sebab lain yang menjadi punca gigi rosak. Dalam penulisan ini, anda akan ketahui lebih lanjut tentang punca kerosakan gigi, akibat makan gula berlebihan, dan cara mengatasi masalah penyakit gusi dan gigi. Selamat membaca!

Punca-Punca Kerosakan Gigi

Penjagaan gigi yang kurang efisien adalah salah satu punca kerosakan gigi. Namun begitu, tabiat-tabiat yang tak elok boleh menjadi penyumbang terbesar dalam kerosakan gigi. Di bawah adalah punca dan sebabnya.

1. Gemar mengunyah ais

Tabiat mengunyah ais mungkin terasa ringan dan sering diambil mudah sebab kesannya tidak ketara. Tahukah anda kelakuan mengunyah ais boleh menyakiti tisu lembut dalam mulut dan boleh membuat gigi anda retak? Hal ini sekali gus akan menyebabkan kerosakan gigi.

 

2. Pengambilan buah-buahan sitrus berlebihan

Buah-buahan bersitrus seperti lemon, limau dan sebagainya memang diperkaya dengan vitamin C yang tinggi. Namun, apabila anda mengambil buah-buahan seperti ini secara berlebihan maka sifat asid buah-buahan ini akan mula menghakis enamel dan seterusnya boleh menyebabkan kerosakan gigi.

 

3. Tabiat mengetap gigi

Tabiat mengetap gigi adalah salah satu punca gigi rosak yang susah untuk diatasi. Jadi, pemakaian mouth guard adalah disyorkan.

 

4. Gemar merokok

Selain menggelapkan bibir, rokok yang berasaskan tembakau juga boleh menghakis gigi dan menyebabkan jangkitan gigi. (Isa, 2021)

 

5. Gemar makan “gummy bear”

Gummy bear adalah gula-gula yang berbentuk beruang, comel untuk dimakan. Namun, kekenyalannya boleh menyebabkan ianya melekat dalam gigi anda pada jangka masa yang panjang. Ini kerana, apabila zarah gula mikroskopik masuk ke dalam rongga carious, ini memberi makanan kepada banyak bakteria dan mikroba yang tinggal di dalam rongga ini dan akan menyebabkan penternakan. (howtogetrid, n.d.) Jom kita lihat di bawah.

 

Akibat Pengambilan Gula Berlebihan:
a) Pengambilan gula secara berlebihan akan menyebabkan pengambilan tenaga yang berlebihan yang mana sekali gus akan menyebabkan peningkatan berat badan dan risiko obesiti.

b) Gula juga telah dikaitkan dalam pembentukan karies gigi iaitu gigi berlubang selain daripada penyakit gigi dan gusi.

c) Apabila berat badan naik disebabkan oleh gula, maka risiko sakit jantung, darah tinggi dan diabetes juga akan meningkat. (myhealth, 2012)

Cara Mengatasi Kerosakan Gigi

1. Jaga pemakanan anda

Kurangkan pengambilan gula dalam diet seharian anda. Antara tips yang boleh anda lakukan adalah seperti di bawah:

– Cuba hadkan pengambilan manisan dan khaskan untuk majlis istimewa atau perayaan istimewa sahaja.

– Tukar snek manis kepada buah-buahan yang mengandungi gula semula jadi.

– Kurangkan meminum minuman berkarbonat kerana minuman ni boleh menghauskan permukaan enamel gigi anda.

– Elakkan daripada memperkenalkan makanan atau snek-snek manis kepada anak-anak kecil sebelum mereka menginjak 1 tahun. (Kamaruddin, 2019)

hindari snek supaya gigi sihat

2. Jaga kesihatan dan kebersihan mulut

Ramai juga yang mengambil mudah tentang penjagaan mulut sebab kesannya lambat dan bukan secara langsung. Sekiranya anda mahu mengelakkan kerosakan gigi dan masalah-masalah kesihatan lain yang berpunca daripada mulut, anda perlu mula menjaga mulut anda dengan baik. Salah satunya adalah dengan ketahui cara gosok gigi dengan betul. Sila klik ke artikel ini untuk ketahui lebih lanjut.

jaga gigi supaya gigi tidak rosak
Bagi mencapai pemberusan gigi pada tahap optimum dan secara menyeluruh, anda mestilah mula menggunakan berus gigi elektrik atau pun berus gigi sonik yang memiliki jangka masa 2 minit sepertimana yang disyorkan oleh doktor-doktor gigi. Kami ada berus gigi elektrik yang sempurna dan paling sesuai untuk tujuan ini.

Memperkenalkan Brudee Sonic ONE

Brudee Sonic ONE ini adalah model yang paling baru dikeluarkan oleh Brudee dan ianya dicipta dengan 3 mod pembersihan iaitu Sensitve, Clean, Whitening dan memiliki kelajuan yang tinggi pada tahap 32,000 putaran setiap minit. Ianya canggih dan lengkap untuk pengguna yang sudah biasa dengan peralatan berteknologi tinggi. Berus gigi sonik ini sesuai juga untuk individu yang kerap melancong ke sana ke sini sebab ianya padat dengan kemudahan dalam satu kotak.

Berus Gigi Brudee Sonic ONE yang hebat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Antaranya ialah:

  • Motor dua-magnetic
  • 3 mod pemberusan
  • Berus yang lembut
  • Bateri tahan sehingga 60 hari
  • Perkakas yang mesra-melancong
  • Pengecas bateri tanpa wayar

Ciri-ciri dan Mod yang terdapat pada Brudee Sonic One:

Mod Sensitif
Khas untuk individu yang mempunyai gigi dan gusi yang sensitif kerana ia akan beroperasi dengan frekuensi yang lebih rendah dan lebih lembut.

Mod Bersih
Membersihkan gigi dari plak dengan 30,000 sapuan berus dalam seminit, sekaligus memanfaatkan dengan penuh akan 2 minit yang disyorkan oleh doktor gigi semasa memberus gigi.

Mod Pemutihan
Mod ini membolehkan anda menyingkirkan kotoran degil yang terhasil daripada kopi atau teh, kerana berusnya akan bekerja lebih keras.

References
howtogetrid. (n.d.). Gigi sakit akibat gula-gula: apa sebabnya dan bagaimana memperbaikinya. Retrieved from howtogetrid: https://howtogetrid-ms.expertexpro.com/bolyat-zuby-ot-sladkogo-v-chem-prichina-i-kak-ispravit/#i
Isa, A. M. (2021). 8 Punca Ini Penyebab Gigi Anda Rosak & Berkulat. Retrieved from hello doktor: https://hellodoktor.com/kesihatan-mulut/keadaan-gigi/punca-gigi-rosak/
Kamaruddin, D. F. (2019). Pengambilan Gula Dan Kesihatan Pergigian. Retrieved from myhealth: http://www.myhealth.gov.my/pengambilan-gula-dan-kesihatan-pergigian/
myhealth. (2012). Fakta Mengenai Gula. Retrieved from myhealthgov: http://www.myhealth.gov.my/fakta-mengenai-gula-2/

0