Get 10% OFF with purchase of 2 or more sets
Shop Now

Berus Gigi Elektrik Terbaik Pada Tahun 2022

Adakah anda sedang mencari berus gigi elektrik terbaik kerana anda gemar tersenyum, bak kata pepatah, “Senyum itu sedekah”, dan ianya kelihatan seperti tak ada satu hari pun anda ada niat untuk berhenti tersenyum, sedangkan pada masa yang sama anda gemar minum kopi atau teh? Sebilangan besar daripada kita tahu bahawa meminum minuman-minuman lazat ini setiap hari boleh meninggalkan kesan pada gigi dan boleh menjadikan gigi anda kekuningan. Jadi, di sinilah berus gigi elektrik memainkan peranannya, terutamanya apabila anda enggan meninggalkan kopi dan teh – untuk membantu mencerahkan semula penampilan gigi anda.

berus gigi elektrik brudee

Dalam pada anda mencari berus gigi elektrik di Malaysia yang terbaik untuk memiliki senyuman yang lebih menawan, anda juga boleh terus mendapatkan berus gigi yang unggul iaitu Brudee, berus gigi sonik. Ingin tahu apa yang membuatkan berus gigi sonik ini lebih baik daripada berus elektrik biasa? Teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut.

Baca artikel ini dalam versi Bahasa Inggeris: Best Electric Toothbrush.

Apa itu Berus Gigi Brudee Sonic dan Mengapakah Ianya Pilihan Utama untuk Gigi Yang Lebih Putih?

Brudee Oral Care Company ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadikan penjagaan mulut yang sangat baik mampu dimiliki oleh semua orang. Berus gigi sonik Brudee dicipta dengan teknologi Quad-Interval yang akan membuatkan berus gigi sonik ini memberikan peringatan kepada anda untuk bergerak ke bahagian lain mulut anda selepas setiap 30 saat untuk pembersihan menyeluruh. Sementara itu, berus nilon disisipkan dengan Arang Binchotan yang terbukti melalui ujian klinikal di mana ia mempunyai kekuatan 90% untuk menghilangkan plak dan kotoran berbanding berus gigi manual. Seperti yang disyorkan oleh doktor gigi, masa memberus gigi selama 2 minit adalah tempoh paling optimum bagi anda untuk memiliki gigi yang bersih dan amalan ini memang sukar dipatuhi terutama sekali apabila anda menggunakan berus gigi manual, oleh itu sikat gigi sonik yang hebat ini akan berhenti dengan sendirinya setelah 2 minit dah tamat!

Brudee Sonic ONE

brudee sonicone

Brudee Sonic ONE ini adalah model terbaru yang dikeluarkan oleh Brudee dan ianya merangkumi 3 mod pembersihan iaitu Sensitve, Clean, Whitening (sama fungsinya seperti di atas) dan kelajuannya lebih tinggi pada tahap 32,000 putaran setiap minit. Ianya canggih dan lengkap untuk pengguna yang terbiasa dengan peralatan berteknologi tinggi. Sesuai juga untuk individu yang kerap travel ke sana ke sini sebab ianya padat dengan kemudahan dalam satu kotak.

Berus Gigi Brudee Sonic ONE yang sempurna dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Antaranya ialah:

  • Motor dua-magnetic
  • 3 mod pemberusan
  • Berus yang lembut
  • Bateri tahan sehingga 60 hari
  • Perkakas yang travel-friendly
  • Pengecas bateri tanpa wayar

Berus Gigi Sonik memang terbukti lebih baik daripada Berus Gigi Elektrik Biasa

Menurut statistik dan beberapa kajian yang dijalankan, berus gigi sonik berprestasi lebih baik daripada berus gigi elektrik biasa. Walaupun kedua-dua jenis berus ini direka untuk mempunyai kepala berputar, berus gigi sonik berputar 10 kali lebih cepat daripada sikat gigi elektrik yang membawa maksud ianya memberikan anda daya pembersihan yang lebih baik. (Dental, 2019)

Oleh itu, berus gigi sonik Brudee mempunyai kekuatan 10 kali ganda lebih tinggi untuk menghilangkan plak sambil menjaga gusi anda, terutamanya apabila gusi anda sensitif dan mudah berdarah. Apabila anda bertukar kepada berus gigi sonik Brudee, anda akan dapat melihat sendiri pengurangan pendarahan gusi anda sehingga 3 kali ganda selepas 15 hari! Hasilnya, anda akan mempunyai gigi yang lebih cerah dan bersih serta gusi yang lebih sihat.

berus gigi brudee

Berus Gigi Sonik Brudee Adalah Yang Terbaik Secara Keseluruhan

Anda mungkin dah terbiasa dengan produk serupa dari pelbagai jenama popular seperti Xiaomi electric toothbrush, Philip sonic care, Oral B electric toothbrush, dan Colgate electric toothbrush. Namun anda masih lagi mencari yang lebih baik, lebih murah, dan juga sikat gigi elektronik yang mempunyai kecekapan yang lebih tinggi.

Daripada apa yang dapat penulis kumpulkan, semua jenama mempunyai keistimewaan mereka tersendiri dan mempunyai faedah yang berbeza. Contohnya, Philips electric toothbrush mempunyai banyak pilihan hebat yang boleh anda pilih, namun mungkin boleh menggerunkan anda untuk membuat pilihan yang mana satu dan harganya biasanya lebih mahal.

Perkara serupa berlaku dengan berus gigi elektrik Xiaomi – tidak ada keraguan bahawa individu yang mahir teknologi akan lebih suka yang ini kerana ia membolehkan anda menyimpan data menggosok gigi ke dalam aplikasinya, di mana anda juga dapat menyesuaikan pergerakan atau mod pembersihan di sana. Namun, bagaimana pula jika anda ingin menjimatkan masa dan memilih untuk segera dapatkan mod pembersihan tanpa membuka aplikasi untuk melakukannya? Brudee ada jawapan untuk anda.

Seterusnya, jenama ubat gigi dan ubat gigi “legend” kita iaitu Colgate juga menawarkan berus gigi elektrik nilon bulu arang yang hebat dalam kuasanya untuk menghilangkan noda daripada gigi. Walau bagaimanapun, sapuan berus adalah 20,000 seminit dan walaupun itu cukup untuk membersihkan gigi anda – 30, 000 putaran Brudee dalam seminit akan mengatasi semua noda, dan kotoran tersembunyi hampir sepenuhnya setelah 2 minit penggunaan.

Seperti yang anda lihat, berus gigi sonik Brudee dilengkapi dengan ciri-ciri hebat dalam satu produk.

Jika anda ingin tahu cara gosok gigi dengan betul, anda boleh baca artikel ini yg dalam Bahasa Inggeris: How to Brush Your Teeth.

0