Christmas Promo 20% OFF with Promo Code "XMAS"
Shop Now

Ikuti Cara Gosok Gigi Dengan Betul Di Sini

Selain daripada acara menggosok gigi pada zaman persekolahan dulu, pernah tak anda terfikir cara gosok gigi dengan betul? Cara-cara gosok gigi dengan betul ni mungkin jarang dirujuk sebab ramai ambil mudah tentang kepentingan memberus gigi. Admin di sini ingin menekankan bahawa pentingnya anda menjaga rutin penjagaan gigi dan salah satunya adalah dengan mengetahui cara gosok gigi dengan betul. Sebelum itu, mari kita fokus pada kepentingan memberus gigi dan amalan penjagaan gigi, diikuti dengan kesan tidak menjaga kesihatan gigi.

cara gosok gigi dengan betul
(gambar diperoleh dari deervalleydentalcare )

Kepentingan Memberus Gigi

Selain membersihkan sisa makanan dari celah gigi anda, rutin memberus gigi ni dapat menyapu florida pada gigi anda. Untuk pengetahuan anda, fluorida berfungsi untuk membantu mencegah kerosakan gigi dengan menjadikan gigi lebih tahan terhadap serangan asid dari bakteria plak dan gula di mulut. (Frisbee, 2021) Di bawah adalah kepentingan-kepentingan utama memberus gigi.

a) Mengurangkan risiko untuk terkena sakit gusi.
b) Mengelakkan mulut daripada bau bauan yang tak menyenangkan.
c) Mengelakkan gigi daripada mereput.

Kesan Bahaya Tidak Menjaga Kesihatan Gigi

Mungkinlah kebanyakan kita ambil mudah tentang kepentingan menjaga gigi ni sebab tak tahu bahawa pengabaian kesihatan dan kebersihan gigi boleh mengundang banyak jenis penyakit selain gigi kekuningan dan mulut berbau. Jadi, jom kita lihat kesan-kesan tidak menjaga kesihatan gigi.

1. Pembuluh Darah Tersumbat

Apabila anda mengabaikan rutin menggosok gigi, plak akan berkumpul di saluran pembuluh darah dan ini akan menyebabkan pengaliran darah tersumbat atau pun berhenti sepenuhnya.

2. Angin Ahmar

Pembuluh darah tersumbat akibat terkumpulnya plak akan mengganggu pengaliran darah ke otak dan berisiko tinggi untuk menyebabkan angin ahmar.

3. Pendarahan Gusi

darah gum gigi jike gosok gigi tidak betul
Apabila gigi anda jarang dibersihkan, maka jangkitan tulang menyokong gigi bakal berlaku dan ini akan menyebabkan gusi anda lebih mudah berdarah. (Noor, 2016)

Baca juga: gigi rosak makan gula

Amalan Penjagaan Gigi Yang Baik

1. Rutin Gosok Gigi yang Konsisten

Jika anda masih tertanya-tanya gosok gigi berapa kali sehari yang patut anda lakukan, kami ada jawabannya. Pastikan anda memberus gigi dengan bersih dan teliti pada waktu siang dan malam terutamanya selepas makan dan sebelum tidur malam.

2. Gunakan Ubat Gigi yang mengandungi Florida dan gunakan sebesar Kacang Pis

Seperti yang anda sedia maklum, florida akan membantu gigi anda mencegah kereputan gigi dan membanteras bakteria-bakteria plak. Manakala penggunaan ubat gigi sebesar kacang pis sahaja adalah kerana anda tidak memerlukan lebih dari itu. Ini kerana, penggunaan ubat gigi berlebihan tidak memberikan apa-apa manfaat dan anda hanya akan membazir ubat gigi.

3. Ganti Berus Gigi selepas 3 bulan atau apabila Berus sudah mulai mengembang

Banyak kawasan gigi anda yang takkan dapat dicapai atau dibersihkan dengan betul apabila anda masih menggunakan berus gigi lama. Oleh itu, disarankan agar anda menggantinya dengan berus gigi atau berus kepala yang baru jika anda menggunakan berus gigi elektrik. Untuk makluman anda, berus gigi elektronik berfungsi lebih baik daripada berus gigi manual dari segi mematuhi masa memberus 2 minit yang disarankan dan banyak lagi. Baca terus untuk ketahui lebih lanjut.

4. Gunakan Berus Gigi Sonik

Menurut statistik dan beberapa penelitian, berus gigi sonik bekerja lebih baik daripada berus gigi elektrik biasa. Meskipun kedua jenis berus dicipta untuk memiliki kepala yang berputar, berus gigi gigi sonik berputar 10 kali lebih cepat daripada berus gigi elektrik yang memberi anda daya pembersihan yang lebih baik. (Dental, 2019)

Dengan demikian, berus gigi sonik Brudee memiliki kekuatan 10 kali lebih tinggi untuk menghilangkan plak sekaligus lembut pada gusi anda, terutama untuk yang sensitif dan mudah berdarah. Saat anda beralih ke berus gigi sonik Brudee, anda akan dapat melihat pengurangan gusi berdarah hingga 3 kali hanya selepas 15 hari! Akhir sekali, anda akan memiliki gigi yang lebih cerah dan bersih serta gusi yang lebih sihat.

Baca artikel ini dalam versi Bahasa Inggeris: How to Brush Your Teeth.

Memperkenalkan Brudee, Berus Gigi Sonik – Brudee Sonic ONE

brudee sonicone

Brudee Sonic ONE ini adalah model terbaru yang dikeluarkan oleh Brudee dan ianya merangkumi 3 mod pembersihan iaitu Sensitve, Clean, Whitening (sama fungsinya seperti di atas) dan kelajuannya lebih tinggi pada tahap 32,000 putaran setiap minit. Ianya canggih dan lengkap untuk pengguna yang terbiasa dengan peralatan berteknologi tinggi. Sesuai juga untuk individu yang kerap travel ke sana ke sini sebab ianya padat dengan kemudahan dalam satu kotak.

Berus Gigi Brudee Sonic ONE yang sempurna dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Antaranya ialah:

  • Motor dua-magnetic
  • 3 mod pemberusan
  • Berus yang lembut
  • Bateri tahan sehingga 60 hari
  • Perkakas yang travel-friendly
  • Pengecas bateri tanpa wayar

gosok gigi guna brudee

4 Cara Menggosok Gigi dengan Teknik yang Betul dengan Berus Gigi Sonik Brudee

Ikuti tips dan cara-cara di bawah bagi melakukan teknik yang betul dalam pemberusan gigi.

  1. Gunakan ubat gigi sebesar kacang pis.
  2. Posisikan berus gigi anda pada 45 darjah menghadap garisan gusi dan hanya fokus kepada 2 pasang gigi pada setiap gosokan. Berus gigi sonik Brudee dicipta untuk memudahkan perkara ini dan penggunaannya akan membersihkan gigi anda secara menyeluruh.
  3. Gosok gigi anda dengan memberus dalam bulatan dan bukan atas bawah atau kiri dan kanan. Bila anda menggunakan berus gigi sonik Brudee, ini tak akan menjadi masalah dan anda tak perlu melakukan banyak pergerakan sebab Brudee akan dapat bantu!
  4. Gosok gigi selama 2 minit penuh. Ini adalah salah satu perkara yang selalu diabaikan sebab 2 minit berasa terlalu panjang. Jangan risau, kedua dua berus gigi sonik dari Brudee ini ada timer dan akan berhenti apabila 2 minit sudah berakhir.
0